Rabu, 2 Februari 2011

Sepenuh hati


Pernah tidak kita ternampak budak kecil yang menangis jika kehendak mereka tidak dipenuhi. Rasanya selalu situasi ni selalu terjadi di supermarket, terutama toys department. Kalau ibu bapa tidak mahu membelikan latest edition barbie atau red fireman truck mula la buat break dance. Hentak-hentak kaki sambil guling-guling di lantai, music original dari tangis teriak. Aku yang berada di tempat kejadian pun rasa serba salah sambil meletakkan kembali action figure batman (I was buying it for my nephew btw :"> ). Mereka langsung tiada rasa malu malah sangat gigih, show tantrum seluruh jiwa raga. Cuma ada 2 cara untuk membuatkan mereka berhenti.


  • Ibu bapa mengalah dan belikan permainan yang mereka mahu. Tetapi cara ini sangat high risk untuk terjadi persembahan ulangan break dance khas untuk yang belum sempat menonton di hari dan waktu yang berlainan sebab mereka tahu dengan cara ini pasti akan dapat keinginan mereka.
  • Ibu bapa mengheret mereka pulang sambil memakai penutup telinga dan protective gear sepanjang perjalanan untuk melindungi dari teriak tangis dan pukulan sebagai tanda protes mereka. Atau parent pun boleh join duel break dance sekali dengan harapan anaknya akan berhenti (cara ini kurang disarankan kerana high failure rate...dan anda mungkin tidak bisa kembali ke supermarket tersebut)

Dari segi positif, aku melihat sisi gigih anak kecil ini. Bila anak kecil mahukan sesuatu, mereka akan cuba mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, no shame, no worries, just do it. Kenapa? Kerana mereka benar-benar suka sesuatu itu dengan sepenuh hati. Aku pun dah lupa bila kali terakhir I do something whole heartedly, and by something I don’t mean sleeping and eating o_O

Zaman sekarang ni susah untuk jumpa orang yang seikhlasnya melakukan sesuatu kerana mereka ingin, bukan kerana terpaksa atau ada kepentingan bagi mereka. Tidak kira la dalam pekerjaan ataukan kegiatan seharian. Contohnya:

  • Teman sekerja pergi keluar lunch break. "Ko nak kirim apa-apa? Tapi kena belanja la aku jugak". Mungkin niat mereka untuk bergurau, tapi kalau setiap hari pun macam tu… -_-"
  •  Sepasang kekasih sedang menunggu bas. "Eh, macik ambil tempat saya, kesian macik dah tua-tua mesti penat berdiri". Memang lumrah kami kaum lelaki, untuk mendapatkan point extra kenalah tunjuk baik punya
  • Pelajar skema di sekolah. "Cikgu, tadi Abu dan Ali tiru jawapan saya". Haaa orang macam ini memang buat aku hangin. Kids you don’t have to make other people look bad just to make yourself look good.
  • Generally. "Penatnya, kerja/homework banyak belum siap, alah asalkan siap jelah". Well I'm definitely in this category :-"
Kenapa mesti selalu ada sahaja udang di sebalik batu pada setiap perlakuaan kita. Mungkin itu norma hidup, memanglah harus ada sebab atau tujuan untuk setiap yang kita lakukan. Tetapi haruskah ianya atas sebab yang tidak benar.Ada lagikah orang yang benar-benar melakukah sesuatu dengan sepenuh hati. Tanpa meminta balasan. Atau melakukan sesuatu kerana dipaksa, atau untuk cukup syarat. Paling-paling pasangan bercinta yang sering mengungkapkan "I lap you sepenuh hati....sampai mati...atau sampai you mati dulu so I boleh cari lain". 

I think if you are doing something because you are force too, or for all the wrong reason, don't you think it's best not to do it at all, rather than being unhappy and pissing off other people? There will be a point in our life where we will regret not doing the things that we like, or at least trying to like the things that we do so that eventually we will be happy and they can be world peace again. As for myself, wish I can write my heart out, and just be me, unfortunately it's a process where I will cross path with few of me, but until that time comes I just have to keep writing. At least I'm happy because there is actually one thing I can pour my soul to and do like nobody's business.







Singing to 'aerosmith-i don't wanna miss a thing' dengan tone ke laut ke longkang macam kucing beranak sambil buat gaya rocker pakai penyapu multipurpose sebagai gitar, mic and mic stand. Akhir lagu buat gaya melutut sambil buat face expression sembelit and say "thank you LA and good night". Now that's what I called all out ;)