Ahad, 30 Januari 2011

Even the smallest things count

Fuhhhh. Aku ingin menarik nafas panjang. Sedalam-dalamnya. Hampir seminggu aku tiada waktu untuk diriku sendiri. Waktu untuk mengosongkan fikiran. Waktu untuk berangan-angan. Waktu untuk melihat bayangan sendiri di cermin and berkata ‘how are you doing?” (erkk weird). Everyone needs quality time for themselves once in a while right?

Selepas penat seharian belajar ataupun bekerja, alangkah enaknya jika kita boleh melakukan sesuatu yang sangat kita sukai, tidak kiralah sekecil manapun. Contohnya menonton rancangan tv kesukaan sambil mengunyah junk food, duduk di balkoni rumah sambil membuat bancian orang yang lalu lalang dan menikmati udara sepoi-sepoi bahasa, ataupun minum hot chocolate sambil ditemani mellow songs di tengah malam. I missed that quiet time on my own. Tapi yang paling penting, aku rindu untuk menulis :)

Minggu ini di rumah sakit luar kota, Klaten, aku mendapat banyak pengalaman. Benar la kata orang, tak kenal maka tak cinta.Seperti seorang Dokter Muda dan pesakit, jika tidak cuba mengenali mereka, maka tidak akan tahu apa kemungkinan penyakitnya. Sama seperti date pertama, perasaan malu harus dibuang, soalan demi soalan ditanyakan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam, gerak tubuh dan mimik wajah diperhatikan kerana menunjukkan samada mereka selesa ataupun tidak, suka ataupun tidak.

Aku kerap melupakan beberapa perkara yang kelihatan kecil, tetapi penting minggu ini. Semasa visite pagi bersama specialist, pesakit ku diperiksa dan rupanya ada kelainan pada jantung.
“Eh kenapa aku periksa normal” dengan wajah blur aku mengambil medical record untuk melihat lagi hasil pemeriksaan ku (padan muka)
Padahal aku merasa ‘date’ pertama ku dengan pesakit cukup memuaskan. Semua sudah ditanyakan. Gerak-geri aku perhatikan dengan teliti. Ternyata aku kurang pengalaman. Does that means I have to be a playboy? 0_o Kemudian aku ada masalah mengingati nama orang. Kadang-kadang bila dah lupa tu, suka create nama sendiri. Tetapi kalau ditanya katil no.14 sakit apa, pasti aku boleh memberikan detail dari dari A sampai Z, kecuali nama o_0.

The week doesn’t end just there. Ketika pulang ke Yogya, aku terlupa membawa kunci bilik, tertinggal di rumah sakit yang jaraknya 40 minit. Tapi penjaga kost (asrama) ada kunci spare. Aku mencuba kunci satu persatu. Ada kira-kira 30 kunci dan hampir semua sudah dicuba sehingga tinggal kira-kira 5 kunci. Panik! Marah! Maki hamun mula mencurah-curah di ladang gandum! Peluh membasahi! Aku terus mencuba, akhirnya ada kunci yang masuk. Aku putar, dan ada bunyi ‘klik’, perlahan-lahan aku buka pintu ku dan cahaya yang sangat terang haaaa (ah sudah mula la mengarut)...pokoknya aku berjaya membuka pintu bilik. Happy!

Wait! Eh ada serpihan kaca di lantai? Eh apa benda kecil-kecil warna hitam di atas katil? Eh bungkusan oat aku bocor? Setelah investigasi menyeluruh, Cencurut sekeluarga telah check in di bilik ku selama 3 hari 2 malam. Maki hamun terus membanjiri ladang gandum lagi @*$%#. Pinggan dipecahkan, berak di atas katil dan makan oat berterabur, sungguh tidak sopan. Tapi aku kagum keluarga Cencurut suka mengamalkan pemakanan yang sihat, Bapa Cencurut high cholesterol agaknya. Ya sudahlah -_-“

So guys, banyak perkara di dunia ini kecil ukurannya tetapi penting gunanya, besar pengaruhnya. Sama seperti Cencurut, kecil badannya, banyak beraknya aishh. Enjoy what’s left of your Sunday people. May you have a great week ahead. I’m gonna give Cencurut a pat on the back now (read: hit with broom). Chiao ;)

Jumaat, 21 Januari 2011

Thank you...for now

Waktu kecil aku suka ke sekolah. Agak sedikit pelik kan. Padahal itulah perkara yang paling tidak disukai, tidak kira la yang sekolah rendah, menengah bahkan pelajar universiti. Oleh kerana jarak sekolah dan rumah cuma kira-kira 2km, aku berjalan kaki ditemani Mama. Ada kedai runcit berdekatan dengan sekolah yang kami suka pergi. Disebabkan aku tidak suka makanan di kantin, Mama bekalkan aku dengan banyak keropok. Ingat lagi kan waktu kecil pasti kita semua ada that one particular 'keropok 20sen' yang sangat disukai.


 Sampai di sekolah aku cium tangan Mama
"Belajar rajin-rajin", pesan mama....


*************************************************

Kemarin 20 Januari 2011, usiaku genap 24 tahun. Aku bersyukur dapat hidup selama ini. Ada orang yang kurang beruntung, hidupnya pendek. Tidak sempat merasa belajar tinggi-tinggi. Tidak pernah menaiki kapal terbang untuk pergi jauh belajar di negara orang. Walaupun kadang-kadang aku sendiri lupa (rotan diri sendiri).

Seperti biasa apabila ulang tahun ku, hp kerap berbunyi, dan facebook ku penuh dengan ucapan harijadi. Inilah perkara yang sangat mengejutkan aku setiap kali ulang tahun. Wishes yang aku terima dari pelbagai orang. Dari orang-orang yang aku tidak sangka masih mengingati aku. Kawan lama, kawan baru, kawan rapat kawan, yang kurang rapat, sekadar kawan facebook, kawan yang sudah berapa tahun tidak jumpa, guru zaman sekolah...Sampaikan aku tersenyum sendiri membaca wish dari mereka. Ada yang sibuk mengingatkan bahwa aku sudah tua haha. That makes two of us buddy. Ramai yang mendoakan kesihatan dan kebahagian. Thank you guys, i really appreciate it....and thank you Malaysia for the public holiday :p

Aku masihkan perlukan masa to digest the fact that I'm 24...freakin 24 ya'll. Kalau Kerajaan Malaysia mahu membina jambatan dari Labuan ke Sabah, tempoh 24 tahun tu lebih dari cukup. Aku sendiri, apa yang aku sudah capai selama ini?

Aku ingin saja mengatakan "I've been there, done that". Tapi masih banyak ilmu aku belum pelajari. Banyak lagi tempat yang belum aku pergi. Masih pelbagai ragam orang yang belum aku temui. So what have I achieved? I dare say plenty, but not enough. Belum cukup!

Belum cukup kerana aku masih belum beriman kepadaNya
Belum cukup kerana aku masih mahu membanggakan mereka
Belum cukup kerana aku masih belum ketemu si dia
Belum cukup kerana aku masih mencari-cari siapa aku sebenarnya
Belum cukup kerana aku masih belum menginspirasi sesiapa
Belum cukup kerana aku merasakan masih belum cukup...
Belum cukup!

Jadi bilakah semua ini akan cukup? Bila aku sudah ada rumah dan kereta mahal? Bila aku sudah mendapat gelaran Dato atau Tan Sri (atau Lord...hey you'll never know )? Bila?
"Jangan lupa asal usul", itu antara pesan Mama sekiranya aku sudah berjaya nanti. Jadi itulah yang akan menjadi titik ukur. Kerana kadang-kadang kita menjadi alpa bila sudah berada dipuncak. Aku masih boleh mengejar yang belum cukup asalkan nilai-nilai yang diajarkan dari kecil masih menjadi pegangan.

No matter what I do, no matter where I go, I will always come back to her. Pesanan Mama selalu menjadi panduan, seperti algorithm. There are few ways to solve a situation, and if they fail, I can re-evaluate and there's always another step for me to take...even if it means doing it over and over again until I reach the goal. So I have to thank you Mama. Terima kasih kerana sabar menjaga aku dari kecil (cause I can't stand ME sometimes). Hanya ucapan terima kasih yang mampu aku berikan....for now.

Kali terakhir aku jumpa Mama 21 Mei 2010 di Bandara Adisucipto. Mama masuk ke 'departure hall' sambil menitiskan air mata. Mungkin setelah melihat keadaan di Yogyakarta, dia sendiri dapat merasa betapa susahnya hidupku di sini. Aku tetap ingin berlegar di airport sehingga mereka benar-benar sudah menaiki kapal terbang. 15 minit kemudian Mama keluar kembali kerana boarding masih lama. Kami habiskan waktu dengan mengambil gambar bersama. Di dalam gambar kelihatan aku jauh lebih tinggi dari Mama. Aku sudah dewasa. Tetapi walaupun kita semua sudah dewasa, deep down inside, we are still that little kid who like "keropok 20sen" and want their Mommy to walk them to school.

Sebelum dia pergi, sekali lagi aku cium tangannya.
Pesannya masih sama seperti dulu...
"Jaga diri baik-baik, belajar rajin-rajin"....

Ahad, 16 Januari 2011

Girls, dresses and the perfect fit

Pagi Ahad yang indah, aku dibangunkan oleh lagu Britney Spears-I’m Not A Girl, Not Yet A Women. Padahal kost (asrama) aku semuanya lelaki. Siapa yang pasang lagu ni? Musykil! Sepanjang hari lagu tu bermain-main di fikiran. Aku pun layan nyanyi sekali -_-“ this is all your fault, whoever you are.

Baris pertama lagu tu berbunyi:
“I used to think, I have the answer to everything”

Pokoknya lagu ni tentang seorang gadis yang masih mencari-cari arah tujuan hidupnya, dan dia perlukan waktu, sebelum dia benar-benar boleh menjadi wanita sejati (tapi bukan melalui operasi tukar jantina okayyy).

Tiba-tiba aku teringin untuk menulis tentang kaum yang satu ini. Aku teringat perbicaraan dengan kawan perempuan yang sering berkisar tentang jodoh (padahal aku pun menyampuk tumpang sekaki). Banyak yang dibicarakan dari hal siapa, bila, bahagiakah, kau bila lagi (nada Kak Kiah).

Aku terfikir, siapakah yang lebih mempunyai kuasa untuk menentukan pasangan mereka? Lelaki atau perempuan? Memanglah kata orang, kita cuma boleh merancang, tapi bagi aku salah seorang boleh memberi kata putus yang sangat bermakna.

Bagi seorang perempuan, selalunya mereka mempunyai kriteria lelaki idaman iaitu ‘The List’. Sekiranya ada 2 orang lelaki yang cuba memenangi hati seorang perempuan, percayalah yang lebih menepati kriteria ‘The List’ mereka akan menjadi pilihan walaupun tanpa disedari yang tidak terpilih itu sebenarnya adalah ‘the perfect fit’. Mungkinkan terlalu terburu-buru memilih?

Lelaki yang dipilih itu aku ibaratkan dress yang tampak cantik pada mannequin, berjenama, material sutera dan mahal. Tanpa berfikir panjang dan takut direbut oleh shopaholic lain, perempuan itu langsung membelinya. Lelaki yang di reject tadi pula seperti dress yang tidak kurang menariknya, tetapi mungkin kurang berjenama, materialnya kain jersey tidak berkilat seperti sutera. 5 tahun kemudian apabila perempuan tersebut sudah beranak 2, bertambah 10kg, dress sutera tersebut sudah tidak muat lagi, jika dipaksakan dipakai juga pasti koyak. Tetapi dress berbahan jersey yang elastik dan flexible tadi pasti masih dapat dipakai, with a little bit of effort.
(wahh curi ayat Confession of a shopaholic…hihi sori tiada idea)

Bukan niat untuk menyalahkan perempuan. Tetapi YA atau TIDAK ditentukan oleh mereka. Lelaki cubalah berusaha memikat hati perempuan tetapi kata akhir terletak pada tangan mereka untuk menerima ataupun tidak.

Jadi elakkan pembaziran membeli dress yang mahal-mahal (tiba-tiba). Kepada lelaki yang pernah di’reject’ bulat-bulat, sabarlah semua orang pernah mengalaminya.


Aku sendiri ada pengalaman peribadi... 




WHY KAT WHYYYY????


Sabtu, 15 Januari 2011

There's no place like home

Kebelakangan, aku sering terfikirkan tentang kampung halaman. Sawah terbentang luas. Dusun rambutan yang sudah lama tidak dijamah. Ibu dan ayah sibuk menoreh getah. Anak Pak Mail, Manisah yang menjadi pendamping menangkap ikan di sungai. Cemong, tempatku mengadu kalau Manisah merajuk denganku. Cemong Jr, kalau keduanya Manisah dan Cemong merajuk denganku.  Rindukah mereka padaku?...... (mengelamun)...... TETTT!

"Maaf, Encik salah kampung agaknya", bisik hati kecilku... T_T spoil sungguh

(18 minit kemudian, setelah aku berjaya kembali ke realiti)
Mungkin tempat asalku, Labuan, berbeza dengan tempat-tempat lain. Pulau yang terletak di Laut China Selatan ini majoriti didiami oleh orang Melayu, Kedayan, Cina dan India. Disebabkan Labuan sangat kecil maka aku tidak boleh memilih dari segi pergaulan. Mereka adalah jiranku, tauke kedai runcit, penjual ikan dan sayur dipasar, pemandu teksi dan bas. Dari sudut pembangunan pula serba sederhana. Ada rumah kayu dan batu, besar dan kecil. Tidak ada pusat membeli belah sebesar Midvalley. Waterpark pula masih under construction dan bakal siap pada tahun...two thousands and never :-" (that goes to you dan janji-janji manismu)

Jadi apa yang membuatkan aku teramat sayang dengan Labuan, apart from the fact it's my hometown, coz lets face it kalau ditanya siapapun, pastilah tempat asal mereka yang paling best...kau hengat hometown kau cool? Well check this out! (music please)


  • Penduduknya ramah. Kadang-kadang ramah tidak bertempat. Contohnya bapa aku bertemu teman lama "Eh lama nda jumpa ko, dah pencen ko skarang bla bla bla". Kemudian bila aku tanya, siapa kawannya tadi, jawapannya "Entah la, lupa nama dia"  -_-"...Aku kurang yakin yang dia betul-betul kenal orang tu but that's the beauty of a small town, everyone knows everyone, or at least pretend :p
  • Bebas cukai, selain Pulau Langkawi. Barang import seperti kereta, coklat, minuman keras sangatlah murah. Seorang guru sekolah rendah mampu beli Honda Civic. Pelajar universiti yang pulang ke Labuan untuk cuti semester mesti selalu mendapat kiriman coklat import dari kawan-kawan, dan oleh kerana tidak sampai hati to say to their face berat badan mereka kurang menggalakkan, terpaksalah belikan juga. Yang kirim arak pula, selepas ditanya "Kau mahu ganti shift aku di neraka nanti?", mereka pun dengan tidak semena-mena berlari-lari anak ke surau dengan penuh keinsafan.
  • Syurga seafood. It's really cheap. Sambal udang anyone? Yummehhhh. Don't believe me? Go and check their the cholesterol level. Atau anda tidak ada rasa malu, cubalah hidu bau mulut mereka satu persatu...nescaya orang kampung akan membuat rombongan menghantar anda ke rumah sakit yang berkenaan.
  • Dikelilingi pulau-pulau kecil dengan pantai yang jernih. Keindahannya sangat memukau sehinggakan ada kawan aku yang langsung terjun ke laut apabila tiba di pulau tersebut padahal ada handphone di dalam kocek. Aku cuba menahan ketawa dengan seikhlas hati apabila mendengar ceritanya. Tetapi kekuatan pukau pantai-pantai ini sangat kuat, dan kawan aku ni kembali bermain air ria sehingga terpaksa dipujuk pulang (kalau budak kecil sudah lama aku rotan haippp)

Banyak lagi ciri-ciri unik Pulau Labuan, seperti makanan khas yang pelbagai, tempat-tempat yang menarik, kain-kain yang sangat murah (asalkan kau tak mahu kalah tawar-menawar ngan Pak Pakistan...cat fight!meowww). Kalau sehari bercerita tentang Labuan tidak akan cukup. Kerana Labuan....Labuan...ish mata masuk habuk...Who am I kidding. I miss my home. UWAAAAA. 
























Sudah lebih dari 5 tahun aku meninggalkan Pulau Labuan. Kalau pulang cuti paling lama hanya sebulan. Sekarang hanya tinggal setahun lagi. Mama nantikan kepulangan anakmu ini bersama calon menantumu (but the thought  my mom chasing me or maybe Manisah with broom...err kensel kensel)...And who the h*ll is Manisah. Why her name keep coming into my head? While I go google her name, maybe you can listen to the song below. Enjoy! ;)


Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera
-Arwah Sudirman-

Khamis, 13 Januari 2011

Before it's too late...

"You will never know what you have lost until it's gone"

Familiar kan ayat ni?...Eh, tak familiar? Okay how about if you hantuk-hantuk your kepala to the dinding 3 times (lebih afdhal) and read it again? It's coming back to you?...Baguslah! Sebab kalau masih kurang familiar, langkah seterusnya melibatkan benda yang tajam muahaha...

Setiap orang pasti pernah merasa memiliki dan dimiliki, menghilang dan kehilangan, mengecewakan dan dikecewakan (kalau nak, sambung sendiri okay :-" ). Sebagai contoh semasa kecil aku pernah kehilangan alat permainan. Perasan waktu itu pastilah sedih, dan mungkin sedikit gembira kerana akan digantikan dengan permainan baru sambil buat muka berharap dengan bapa dan mama. Kemudian hilang lagi, lalu dibelikan permainan baru, lagi...Kitaran patah tumbuh hilang berganti ini seolah-olah tidak memberi kesan yang lama, sedih cuma sementara kemudian dengan mudah bertukar menjadi gembira kembali. Yalah, nama pun kanak-kanak.  

Tetapi apabila meningkat dewasa kita berubah 180 darjat. Tidak mudah untuk melupakan sesuatu atau seseorang yang begitu bermakna apabila ianya hilang ataupun terlepas dari genggaman. Mulalah episod telenovela air mata bermuram durja makan tak kenyang, mandi tak basah (cakap jelah malas), tidur tak lena (kalau waktu kelas senang jak kau tetido). Tapi yang heran bin ajaib, sifat kanak-kanak yang satu ini masih ada. Sifat yang tidak menghargai barang berharga itu apabila ianya ada dekat dengan kita.

Berbalik kepada contoh kanak-kanak tadi. Kanak-kanak tidak tahu menghargai alat permainan mereka, dibiarkan bersepah, digunakan untuk memukul kanak-kanak lain, dibaling dan dibanting. Patutlah selalu hilang. Kalau alat permainan ini boleh bergerak sendiri, pasti mereka sudah melarikan diri. Inikan pula manusia yang serba kompleks dan punya perasaan (baca dalam nada Dr Fadzilah Kamsah jap :D ).

Pertanyaannya sekarang, apalah gunanya kita tangiskan sesuatu yang sudah tiada sedangkan perhatian dan penghargaan tidak pernah diberikan apabila ianya tepat di depan mata. Kalau ianya datang kembali setelah titisan air mata darah yang terakhir, beruntungnya kita. Kalau tidak maka ada sambungan season 2 untuk telenovela tadi sampai orang lain pun dah naik bosan cerita semakin melalut macam blog aku ni lalala

Baru-baru ini terjadi kebakaran di mall terbesar Yogyakarta, Amplaz. Apabila seseorang tinggal di Yogya selama lebih dari 4 tahun seperti saya, Amplaz adalah sumber kegembiraan di kala sedih, tempat makan sedap di kala tiada selera, tempat menghabiskan duit biasiswa di kala awal bulan (patut sponsor tak pernah naikkan elaun). Seorang teman yang berada di situ ketika kebakaran langsung update status Facebook berbunyi:

"Amplaz is on fire...literally on fire"
    Comment Miss N: Ada sales ke?
    (aiyarkk...woman haha kalau ada masa i'll write them that okay )

Selepas baca status tu, the first thing ran through my mind 
"Eh, baju yang aku jemur tadi dah angkat belom!"...almaklumlah pelupa
Secondly 
"Mana aku nak lepak after exam untuk release stress kalau Amplaz tutup"

Padahal sebelum ini aku sering mengeluh
"Alah asyik-asyik Amplaz, bukan ada apa-apa pon"

It takes me something as stupid ga penting as a mall to make me realize that I shouldn't take things for granted (dah lama sedar but I need a constant reminder...almaklumlah pelupa). Once they decided to walk away, you might not ever see them again. Out the door. Bye bye bye. Gone forever. Kebabooommmmmm (okay okay we get it Mat) :-"

Setiap manusia punya alasan untuk tidak menghargai apa yang mereka miliki. Mungkin itu bukan yang mereka benar-benar mahu. Atau mereka ada waham kebesaran (delusion of grandeur), sekali petik sepuluh pengganti datang. Walau apa pun yang diberikan kepada kita, hargailah.


"When life gives you lemon, squeeze it until the very last drop, add sugar and ice water, you will have lemonade to cheer your life"


Oh finally I found out what happen to my missing toys. Kucing-kucing pun tumpang main sekali and it got lost bawah sofa, belakang almari, dalam semak... So kids, when you lost something, don't simply find a new replacement, search thoroughly, think hard where it went wrong, and who knows you might just get it back...it's not like everyday you are presented with second chance, just don't mess it up again ;) 

 
ahhh tiada maaf bagimu...ganti balik ganti balik


Ahad, 9 Januari 2011

Bersyukurkah aku?

"Jika kita ingin bersyukur lihatkan orang yang berada di bawah kita"

Orang selalu cakap manusia tidak pernah puas. Ada saja yang tidak cukup. Kereta tidak cukup mewah. Rumah tidak cukup besar. Kalau yang remaja (like me :-" ), handphone kurang mahal, gadjet kurang up to date. Kalau yang perempuan mungkin hidung nak mancung lagi, muka nak putih lagi, nak heels dan handbags lagi, nak selim (bukan penyanyi Salem) lagi...

Pendapat aku, kalau kita mampu untuk memuaskan keinginan tamak 'haloba Haji Bakhil' kita, kenapa tidak? Itu boleh menjadi semacam appreciation kepada diri sendiri atas sesuatu kejayaan yang dikecapi. Dengan erti kata lain, memanjakan diri sendiri. Peduli hape aku duit aku bukan duit kau (eh eh tenang jangan emotional -_-' ). Yalah, kalau bukan kita siapa lagi. Ada kah stranger yang tiba-tiba baik hati memberikan sesuatu yang berharga kepada kita (actually ada seorang kawan baru-baru ni dapat gift dari pakcik yang tidak dikenali just because the he feels like buying it untuk kawan aku ni...pacik mahu anak angkat?i'm available *kelip mata*).

Persoalannya sekarang, bila kita akan tahu untuk berhenti. When will we know it's enough. Jawapannya...selepas ini (Uncle Jalal selalu buat orang baran aishh). Selalunya orang akan learn it the hard way. Whyyyy? (Mat please jangan over)


Exhibit A: Rebecca Bloomwood memecahkan blok ais untuk mendapatkan kredit kad beliau


Atau ada contoh yang paling senang, diri sendiri!


Exhibit B: Dompet kosong? Ada 2 kemungkinan, dompet ni baru beli atau kena rompak (please jangan denial aishh) 
empty wallet


Kadang-kadang ada golongan yang sangat beruntung, sentiasa cukup duit untuk boros kerana ada backup. Backup boleh jadi dari parent, boypren, gurlpren (yes people welcome to 21st century), kad kredit, ayah gula, tante girang dan macam-macam lagi sumber halal, half-halal dan total non-halal. Tapi untuk yang kurang beruntung haruslah pandai berjimat cermat dan cara yang terbaik untuk menyedapkan hati, ciptakan ayat terapi untuk anda sendiri setiap kali terasa ingin boros atau membeli sesuatu yang pada mulanya teramat excited tapi bila benda baru datang terus tak excited. Jadilah drama 'habis manis sepah dibuang' (habis tu sepah tu mahu simpan buat apa? ). 

Ayat power aku 'dulu kau pernah tinggal RM2 dalam dompet insaflah' T_T terus akan sebak macam dengar takbir hari raya. Ataupun cuba ingat-ingat balik sindrom hujung bulan ikat perut. Aishh when will we ever learn

Tujuan utama post ini dibuat adalah untuk mematikan keinginan untuk membelikan hadiah harijadi yang mahal untuk diri sendiri seperti 


Ipod Touch 4th Generation
untuk orang yang segan pinjam ipod orang lain sebab semua high score game nama dia :-"


Canon Rebel XS
untuk orang yang selalu ambil gambar hasilnya blur, dengan harapan pakai kamera ni akan lebih jelas ngahaha 


untuk orang yang saja nak tayang logo Apple di tempat hot spot awam...in your face dulu aku pakai Twinhead ko pandang rendah aku (abaikan...personal experience :"> )



untuk orang yang saja nak beli untuk lawan jirah sebelah rumah


Gambar terakhir tu angan-angan belaka, begitu juga gambar pertama kedua dan ketiga hahahaishh...

Oleh kerana semua ini berbentuk materialistik, saya pula ingin berjimat cermat, terpaksa hadiah untuk diri sendiri ditukar kepada sesuatu yang tidak memerlukan duit langsung. All i want for my upcoming birthday is....world peace!
Alexandria Mills is Miss world winner
OVER!

sekian....




Sabtu, 1 Januari 2011

New Year...chances are waiting to be taken

Whatttt?it's 2011 already...I have no idea what I have been doing last year, nevertheless it was a year full of laugh and few minor breakdowns :-"...lets walk down a memory lane and see what are the highlights of 2010, after you (sambil buat gesture gentleman mendahulukan kau jalan depan)...



 ignore my almost-botak hair for a while :-"...it was my 'angkat sumpah koas' which means now I am a...
 
                                    
                                        dokter muda yayy and I can perform....


 
USG examination...really? (I'm still learning actually and it's not a general doctor's competency) 



 I did however assist labors 



awwww look how cute she is...or he is...haha too many babies can't remember

The first one was my 'angkat sumpah koas' meaning I have finished my 3 and half years of theory so it's time for me to start my clinical rotation (koas) in RSUP (that's rumah sakit umum pemerintah ya'll) Dr. Sardjito, Yogyakarta...I'm really excited about koas because I get to wear the white coat haha buruk perangai...actually what really matter is that I can attend my patient's well being (serious face :-| )...my first department was Dermatology, then Neurology...and all these 'narsis' pics was taken during Obsgyn :-"





Bachelor of Medicine (B.Med) wheee...it takes hard work and sweat to get my way here because I'm literally sweating in my thick robe fuhhh...but after receiving my degree, I was beyond happy because...I get to use my hardcover ijazah untuk kipas2 panas laaaa aishh



After 3 and half years of roller coaster ride, we've made it friends...all those 'malasnya nak bangun pagi pegi kelas' and 'bila la lecture ni nak abes' and 'cafe dah bukak ke belom lapar la' paid off eh ;)



Look at all these beautiful flowers and I don't even have to go and buy for myself...seriously I didn't...okay maybe I did have to go buy myself since my family don't know where to buy but technically it was from them hehe :D 



It was a tiring day sampai terduduk camni but....



it was all worth it because she was there...I love you mama (told ya the bouquet from them)

A month after angkat sumpah koas was my graduation (tiba2 ada lagu background vit c-graduation lalala)...it was more like prize giving ceremony masa primary and secondary school...tunggu bukan main lama then naik ambil ijazah lepas tu habis...eh eh that's it?




Candi Borobudur, Yogyakarta


My sisters...


Mama and bapa...too bad they can't climb up to the candi...trust me, even I was panting when I reach the top

I arrived at Yogyakarta on August 2006 and May 2010 was my first time to Candi Borobudur...I  wonder why on earth, never once in my 4 years in Yogya I bother to come here...I guess I wanted to go with them :)


Oh I almost forgot, I put on dental braces...it was a bit painful the first few days but I was back bff-ing with food after that...

Smileeee (kontrol kontrol....tahan sakit) 



SO....that was basically my year...how's your?are we ready for 2011...lets find out together okay ;)