Sabtu, 15 Januari 2011

There's no place like home

Kebelakangan, aku sering terfikirkan tentang kampung halaman. Sawah terbentang luas. Dusun rambutan yang sudah lama tidak dijamah. Ibu dan ayah sibuk menoreh getah. Anak Pak Mail, Manisah yang menjadi pendamping menangkap ikan di sungai. Cemong, tempatku mengadu kalau Manisah merajuk denganku. Cemong Jr, kalau keduanya Manisah dan Cemong merajuk denganku.  Rindukah mereka padaku?...... (mengelamun)...... TETTT!

"Maaf, Encik salah kampung agaknya", bisik hati kecilku... T_T spoil sungguh

(18 minit kemudian, setelah aku berjaya kembali ke realiti)
Mungkin tempat asalku, Labuan, berbeza dengan tempat-tempat lain. Pulau yang terletak di Laut China Selatan ini majoriti didiami oleh orang Melayu, Kedayan, Cina dan India. Disebabkan Labuan sangat kecil maka aku tidak boleh memilih dari segi pergaulan. Mereka adalah jiranku, tauke kedai runcit, penjual ikan dan sayur dipasar, pemandu teksi dan bas. Dari sudut pembangunan pula serba sederhana. Ada rumah kayu dan batu, besar dan kecil. Tidak ada pusat membeli belah sebesar Midvalley. Waterpark pula masih under construction dan bakal siap pada tahun...two thousands and never :-" (that goes to you dan janji-janji manismu)

Jadi apa yang membuatkan aku teramat sayang dengan Labuan, apart from the fact it's my hometown, coz lets face it kalau ditanya siapapun, pastilah tempat asal mereka yang paling best...kau hengat hometown kau cool? Well check this out! (music please)


  • Penduduknya ramah. Kadang-kadang ramah tidak bertempat. Contohnya bapa aku bertemu teman lama "Eh lama nda jumpa ko, dah pencen ko skarang bla bla bla". Kemudian bila aku tanya, siapa kawannya tadi, jawapannya "Entah la, lupa nama dia"  -_-"...Aku kurang yakin yang dia betul-betul kenal orang tu but that's the beauty of a small town, everyone knows everyone, or at least pretend :p
  • Bebas cukai, selain Pulau Langkawi. Barang import seperti kereta, coklat, minuman keras sangatlah murah. Seorang guru sekolah rendah mampu beli Honda Civic. Pelajar universiti yang pulang ke Labuan untuk cuti semester mesti selalu mendapat kiriman coklat import dari kawan-kawan, dan oleh kerana tidak sampai hati to say to their face berat badan mereka kurang menggalakkan, terpaksalah belikan juga. Yang kirim arak pula, selepas ditanya "Kau mahu ganti shift aku di neraka nanti?", mereka pun dengan tidak semena-mena berlari-lari anak ke surau dengan penuh keinsafan.
  • Syurga seafood. It's really cheap. Sambal udang anyone? Yummehhhh. Don't believe me? Go and check their the cholesterol level. Atau anda tidak ada rasa malu, cubalah hidu bau mulut mereka satu persatu...nescaya orang kampung akan membuat rombongan menghantar anda ke rumah sakit yang berkenaan.
  • Dikelilingi pulau-pulau kecil dengan pantai yang jernih. Keindahannya sangat memukau sehinggakan ada kawan aku yang langsung terjun ke laut apabila tiba di pulau tersebut padahal ada handphone di dalam kocek. Aku cuba menahan ketawa dengan seikhlas hati apabila mendengar ceritanya. Tetapi kekuatan pukau pantai-pantai ini sangat kuat, dan kawan aku ni kembali bermain air ria sehingga terpaksa dipujuk pulang (kalau budak kecil sudah lama aku rotan haippp)

Banyak lagi ciri-ciri unik Pulau Labuan, seperti makanan khas yang pelbagai, tempat-tempat yang menarik, kain-kain yang sangat murah (asalkan kau tak mahu kalah tawar-menawar ngan Pak Pakistan...cat fight!meowww). Kalau sehari bercerita tentang Labuan tidak akan cukup. Kerana Labuan....Labuan...ish mata masuk habuk...Who am I kidding. I miss my home. UWAAAAA. 
























Sudah lebih dari 5 tahun aku meninggalkan Pulau Labuan. Kalau pulang cuti paling lama hanya sebulan. Sekarang hanya tinggal setahun lagi. Mama nantikan kepulangan anakmu ini bersama calon menantumu (but the thought  my mom chasing me or maybe Manisah with broom...err kensel kensel)...And who the h*ll is Manisah. Why her name keep coming into my head? While I go google her name, maybe you can listen to the song below. Enjoy! ;)


Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera
-Arwah Sudirman-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan