Ahad, 16 Januari 2011

Girls, dresses and the perfect fit

Pagi Ahad yang indah, aku dibangunkan oleh lagu Britney Spears-I’m Not A Girl, Not Yet A Women. Padahal kost (asrama) aku semuanya lelaki. Siapa yang pasang lagu ni? Musykil! Sepanjang hari lagu tu bermain-main di fikiran. Aku pun layan nyanyi sekali -_-“ this is all your fault, whoever you are.

Baris pertama lagu tu berbunyi:
“I used to think, I have the answer to everything”

Pokoknya lagu ni tentang seorang gadis yang masih mencari-cari arah tujuan hidupnya, dan dia perlukan waktu, sebelum dia benar-benar boleh menjadi wanita sejati (tapi bukan melalui operasi tukar jantina okayyy).

Tiba-tiba aku teringin untuk menulis tentang kaum yang satu ini. Aku teringat perbicaraan dengan kawan perempuan yang sering berkisar tentang jodoh (padahal aku pun menyampuk tumpang sekaki). Banyak yang dibicarakan dari hal siapa, bila, bahagiakah, kau bila lagi (nada Kak Kiah).

Aku terfikir, siapakah yang lebih mempunyai kuasa untuk menentukan pasangan mereka? Lelaki atau perempuan? Memanglah kata orang, kita cuma boleh merancang, tapi bagi aku salah seorang boleh memberi kata putus yang sangat bermakna.

Bagi seorang perempuan, selalunya mereka mempunyai kriteria lelaki idaman iaitu ‘The List’. Sekiranya ada 2 orang lelaki yang cuba memenangi hati seorang perempuan, percayalah yang lebih menepati kriteria ‘The List’ mereka akan menjadi pilihan walaupun tanpa disedari yang tidak terpilih itu sebenarnya adalah ‘the perfect fit’. Mungkinkan terlalu terburu-buru memilih?

Lelaki yang dipilih itu aku ibaratkan dress yang tampak cantik pada mannequin, berjenama, material sutera dan mahal. Tanpa berfikir panjang dan takut direbut oleh shopaholic lain, perempuan itu langsung membelinya. Lelaki yang di reject tadi pula seperti dress yang tidak kurang menariknya, tetapi mungkin kurang berjenama, materialnya kain jersey tidak berkilat seperti sutera. 5 tahun kemudian apabila perempuan tersebut sudah beranak 2, bertambah 10kg, dress sutera tersebut sudah tidak muat lagi, jika dipaksakan dipakai juga pasti koyak. Tetapi dress berbahan jersey yang elastik dan flexible tadi pasti masih dapat dipakai, with a little bit of effort.
(wahh curi ayat Confession of a shopaholic…hihi sori tiada idea)

Bukan niat untuk menyalahkan perempuan. Tetapi YA atau TIDAK ditentukan oleh mereka. Lelaki cubalah berusaha memikat hati perempuan tetapi kata akhir terletak pada tangan mereka untuk menerima ataupun tidak.

Jadi elakkan pembaziran membeli dress yang mahal-mahal (tiba-tiba). Kepada lelaki yang pernah di’reject’ bulat-bulat, sabarlah semua orang pernah mengalaminya.


Aku sendiri ada pengalaman peribadi... 




WHY KAT WHYYYY????


Tiada ulasan:

Catat Ulasan