Ahad, 9 Januari 2011

Bersyukurkah aku?

"Jika kita ingin bersyukur lihatkan orang yang berada di bawah kita"

Orang selalu cakap manusia tidak pernah puas. Ada saja yang tidak cukup. Kereta tidak cukup mewah. Rumah tidak cukup besar. Kalau yang remaja (like me :-" ), handphone kurang mahal, gadjet kurang up to date. Kalau yang perempuan mungkin hidung nak mancung lagi, muka nak putih lagi, nak heels dan handbags lagi, nak selim (bukan penyanyi Salem) lagi...

Pendapat aku, kalau kita mampu untuk memuaskan keinginan tamak 'haloba Haji Bakhil' kita, kenapa tidak? Itu boleh menjadi semacam appreciation kepada diri sendiri atas sesuatu kejayaan yang dikecapi. Dengan erti kata lain, memanjakan diri sendiri. Peduli hape aku duit aku bukan duit kau (eh eh tenang jangan emotional -_-' ). Yalah, kalau bukan kita siapa lagi. Ada kah stranger yang tiba-tiba baik hati memberikan sesuatu yang berharga kepada kita (actually ada seorang kawan baru-baru ni dapat gift dari pakcik yang tidak dikenali just because the he feels like buying it untuk kawan aku ni...pacik mahu anak angkat?i'm available *kelip mata*).

Persoalannya sekarang, bila kita akan tahu untuk berhenti. When will we know it's enough. Jawapannya...selepas ini (Uncle Jalal selalu buat orang baran aishh). Selalunya orang akan learn it the hard way. Whyyyy? (Mat please jangan over)


Exhibit A: Rebecca Bloomwood memecahkan blok ais untuk mendapatkan kredit kad beliau


Atau ada contoh yang paling senang, diri sendiri!


Exhibit B: Dompet kosong? Ada 2 kemungkinan, dompet ni baru beli atau kena rompak (please jangan denial aishh) 
empty wallet


Kadang-kadang ada golongan yang sangat beruntung, sentiasa cukup duit untuk boros kerana ada backup. Backup boleh jadi dari parent, boypren, gurlpren (yes people welcome to 21st century), kad kredit, ayah gula, tante girang dan macam-macam lagi sumber halal, half-halal dan total non-halal. Tapi untuk yang kurang beruntung haruslah pandai berjimat cermat dan cara yang terbaik untuk menyedapkan hati, ciptakan ayat terapi untuk anda sendiri setiap kali terasa ingin boros atau membeli sesuatu yang pada mulanya teramat excited tapi bila benda baru datang terus tak excited. Jadilah drama 'habis manis sepah dibuang' (habis tu sepah tu mahu simpan buat apa? ). 

Ayat power aku 'dulu kau pernah tinggal RM2 dalam dompet insaflah' T_T terus akan sebak macam dengar takbir hari raya. Ataupun cuba ingat-ingat balik sindrom hujung bulan ikat perut. Aishh when will we ever learn

Tujuan utama post ini dibuat adalah untuk mematikan keinginan untuk membelikan hadiah harijadi yang mahal untuk diri sendiri seperti 


Ipod Touch 4th Generation
untuk orang yang segan pinjam ipod orang lain sebab semua high score game nama dia :-"


Canon Rebel XS
untuk orang yang selalu ambil gambar hasilnya blur, dengan harapan pakai kamera ni akan lebih jelas ngahaha 


untuk orang yang saja nak tayang logo Apple di tempat hot spot awam...in your face dulu aku pakai Twinhead ko pandang rendah aku (abaikan...personal experience :"> )



untuk orang yang saja nak beli untuk lawan jirah sebelah rumah


Gambar terakhir tu angan-angan belaka, begitu juga gambar pertama kedua dan ketiga hahahaishh...

Oleh kerana semua ini berbentuk materialistik, saya pula ingin berjimat cermat, terpaksa hadiah untuk diri sendiri ditukar kepada sesuatu yang tidak memerlukan duit langsung. All i want for my upcoming birthday is....world peace!
Alexandria Mills is Miss world winner
OVER!

sekian....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan