Ahad, 30 Januari 2011

Even the smallest things count

Fuhhhh. Aku ingin menarik nafas panjang. Sedalam-dalamnya. Hampir seminggu aku tiada waktu untuk diriku sendiri. Waktu untuk mengosongkan fikiran. Waktu untuk berangan-angan. Waktu untuk melihat bayangan sendiri di cermin and berkata ‘how are you doing?” (erkk weird). Everyone needs quality time for themselves once in a while right?

Selepas penat seharian belajar ataupun bekerja, alangkah enaknya jika kita boleh melakukan sesuatu yang sangat kita sukai, tidak kiralah sekecil manapun. Contohnya menonton rancangan tv kesukaan sambil mengunyah junk food, duduk di balkoni rumah sambil membuat bancian orang yang lalu lalang dan menikmati udara sepoi-sepoi bahasa, ataupun minum hot chocolate sambil ditemani mellow songs di tengah malam. I missed that quiet time on my own. Tapi yang paling penting, aku rindu untuk menulis :)

Minggu ini di rumah sakit luar kota, Klaten, aku mendapat banyak pengalaman. Benar la kata orang, tak kenal maka tak cinta.Seperti seorang Dokter Muda dan pesakit, jika tidak cuba mengenali mereka, maka tidak akan tahu apa kemungkinan penyakitnya. Sama seperti date pertama, perasaan malu harus dibuang, soalan demi soalan ditanyakan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam, gerak tubuh dan mimik wajah diperhatikan kerana menunjukkan samada mereka selesa ataupun tidak, suka ataupun tidak.

Aku kerap melupakan beberapa perkara yang kelihatan kecil, tetapi penting minggu ini. Semasa visite pagi bersama specialist, pesakit ku diperiksa dan rupanya ada kelainan pada jantung.
“Eh kenapa aku periksa normal” dengan wajah blur aku mengambil medical record untuk melihat lagi hasil pemeriksaan ku (padan muka)
Padahal aku merasa ‘date’ pertama ku dengan pesakit cukup memuaskan. Semua sudah ditanyakan. Gerak-geri aku perhatikan dengan teliti. Ternyata aku kurang pengalaman. Does that means I have to be a playboy? 0_o Kemudian aku ada masalah mengingati nama orang. Kadang-kadang bila dah lupa tu, suka create nama sendiri. Tetapi kalau ditanya katil no.14 sakit apa, pasti aku boleh memberikan detail dari dari A sampai Z, kecuali nama o_0.

The week doesn’t end just there. Ketika pulang ke Yogya, aku terlupa membawa kunci bilik, tertinggal di rumah sakit yang jaraknya 40 minit. Tapi penjaga kost (asrama) ada kunci spare. Aku mencuba kunci satu persatu. Ada kira-kira 30 kunci dan hampir semua sudah dicuba sehingga tinggal kira-kira 5 kunci. Panik! Marah! Maki hamun mula mencurah-curah di ladang gandum! Peluh membasahi! Aku terus mencuba, akhirnya ada kunci yang masuk. Aku putar, dan ada bunyi ‘klik’, perlahan-lahan aku buka pintu ku dan cahaya yang sangat terang haaaa (ah sudah mula la mengarut)...pokoknya aku berjaya membuka pintu bilik. Happy!

Wait! Eh ada serpihan kaca di lantai? Eh apa benda kecil-kecil warna hitam di atas katil? Eh bungkusan oat aku bocor? Setelah investigasi menyeluruh, Cencurut sekeluarga telah check in di bilik ku selama 3 hari 2 malam. Maki hamun terus membanjiri ladang gandum lagi @*$%#. Pinggan dipecahkan, berak di atas katil dan makan oat berterabur, sungguh tidak sopan. Tapi aku kagum keluarga Cencurut suka mengamalkan pemakanan yang sihat, Bapa Cencurut high cholesterol agaknya. Ya sudahlah -_-“

So guys, banyak perkara di dunia ini kecil ukurannya tetapi penting gunanya, besar pengaruhnya. Sama seperti Cencurut, kecil badannya, banyak beraknya aishh. Enjoy what’s left of your Sunday people. May you have a great week ahead. I’m gonna give Cencurut a pat on the back now (read: hit with broom). Chiao ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan